h1

aku tulis sebab aku dah geram sangat.

July 8, 2008

Since ini adalah personal blog saya, maka saya ingin menyatakan beberapa perkara yang dah lama saya ingin tulis. Saya menulis di dalam bahasa ibunda saya kerana saya tidak mahu kawan-kawan saya yang bukan orang Malaysia membaca entri ini.

Kerana jika mereka baca, mereka mungkin ketawakan kita semua. Tapi sebelum itu, maafkan saya Bahasa Malaysia saya tidak berapa baik dan perfect.

Saya tak faham kenapa orang kita nak protes mati matian tentang kenaikan harga, memanggil orang untuk berhimpun untuk mendengar ceramah dan bersorak kuat, menyakitkan tekak dan urat urat badan semata-mate kita kononnya geram dengan tindakan yang telah dibuat orang kerajaan kita.

Ya, saya setuju kita tidak mempunyai perdana menteri yang bagus. Beliau sangat banyak kesalahan dan kelemahan untuk menjadi seorang yang disegani ramai malah beliau lebih banyak di maki, di caci dan dibenci dengan rakyat kita.

Tetapi adakah dengan menghadiri prote-protes sebegitu, negara kita akan berubah? akan adakah election baru? akan termakbul kah janji-janji manis semua politician yang tak cukup matang di negara kita ni?

Saya mengaku saya tidak banyak menulis atau fokus lebih ke isu isu politik tetapi hakikatnya segala ini amat menyedihkan dan memeritkan.

Dan sebagai orang Melayu, saya rasa saya sudah cukup muak dengan janji kosong.

Jika saya boleh berhadapan dengan mana-mana pembangkang ‘popular’ atau pengikut setia nya, saya ingin sekali bertanya dengannya, dengan memberi ceramah yang cukup untuk brainwash para pengikut yang hanya panas di hati apakah bukti segala janji yang diberikan oleh anda itu ada? Dan jika ada, di mana? Anda mungkin hanya boleh cuba negotiate dengan orang-orang tertentu untuk membulatkan janji anda buat mereka, tapi ada ke yang jalan?

Saya lihat, protes protes ini juga dihadiri oleh group HINDRAF dimana ahli-ahli nya semua orang berbangsa India. Saya tak faham, kenapa biarkan HINDRAF ikuti bersama protes sedangkan di ceramah ceramah anda, anda berhujah dengan penuh nada racist?

Jangan marah. Saya bertanya kerana saya tidak faham,bukan kerana saya mahu cucuk hidung anda.

Kadang-kadang saya tak faham kenapa saya dilahirkan sebagai orang Malaysia. Padahal Malaysia ni dah cukup bagus dan aman damai.

Kita je yang tak pernah nak bersyukur kot.

Advertisements

4 comments

  1. agak lawak utk membaca entry awak dalam bahasa melayu. he he
    tetapi yea, saya sendiri sudah bosan dan rasa nak muntah darah dgn keadaan negara ini sekarang. apakah faedahnya protes2 yg diadakan minggu lepas? ada perbezaan ke? turun ke harga brg2 atau minyak? mmg mcm bangang.
    harap maaf agak emo bila menulis komen.


  2. saya sejak beberapa bulan kebelakangan ini asyik terpikir untuk berhijrah ke negara lain, tapi saya takut saya rindu kucing saya (lame i know!), lepas tu saya tak boleh bawak pulak sebab nanti mak saya pulak rindu kat dia.
    kadang2 rasa menyampah ok duduk kat sini. dengan orang tak bagi signal nak tukar lane, dengan orang tak pandai beratur, dengan orang yang pagi2 pergi kerja dah bau ketiak. tolong la wey!


  3. And thus, the meaning of herd mentality.


  4. kamu geram? lalu menulis entri ini. org lain akan baca. mungkin akan menyokong, mungkin rasa menyampah dgn entri ni. lepas tu, org pun close blog kamu. apa kesan org yg baca? takde. cuma org yg baca akan tahu tidak semua org setuju ttg protes.

    org berdemonstrasi, protes. takde kesan ape2 pun. minyak tak turun pun. tapi what we want is to send the message. kalau tulis surat dekat PM, PM baca lepas tu buang je. sama je. tapi kalau protes, ada expression. org tahu ramai org tidak setuju kenaikan harga minyak. org tahu rakyat marah. itu salah satu tujuan nya. freedom of expression. kalau mungkin tiada langkah protes ini, kerajaan mungkin menganggap kenaikan harga minyak ini di terima rakyat. jadi pada masa akan dtg, boleh naik kan harga minyak lagi. faham? ini salah satu sebab kenapa protes.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: